Searching...
Wednesday, 28 January 2015

Pengumpulan dan Pembukuan Al-Qur'an

Sebelum kita beranjak pada pembahasan tentang pengumpulan Al-Qur’an, ada baiknya kita tahu apa makna dari Al-Qur’an itu sendiri. Secara etimologi Al-Qur’an berasal dari bahasa Arab yang berarti “bacaan”. Kata Al-Qur’an adalah bentuk masdar dari kata kerja qara’a yang artinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surat Al-Qur’an sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surat Al Qiyaamah yang artinya:

“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Karena itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.(75:17-75:18)

Sedangkan secara terminologi banyak perbedaan pendapat tentang hal ini, namun kita dapat menyimpulkannya bahwa Al-Qur’an adalah lafad berbahasa arab yang di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai mu’jizat yang di wahyukan kepadanya, melalui perantara Malaikat Jibril, di turunkan secara bertahap, kemudian di kumpulkan dalam satu mushaf, bernilai ibadah bagi yang membacanya, yang mana di mulai dengan Surat Al-fatihah dan di akhiri dengan Surat An-Nash. (Al-manar fi ‘Ulumil Qur’an hal.10).Al-qur’an merupakan kitab yang mempunyai kharismatik yang tinggi, keasliannya selalu terjaga, bahkan ia mampu berjalan sesuai dengan kondisi zaman. Perkembangan iptekpun justru menjadikannya salah satu jalan pencerahan yang di dapat dari berbagai elemen. Seperti ilmu astronomi, politik, budaya, social, dsb. Ia menjadi pegangan utama umat islam yang tak kan berubah walau bumi sudah terlampau tua. Riset dan Penelitian yang di lakuakan oleh banyak ilmuan-pun telah banyak membuktikan tentang kebenaran isi dan kandungannya. Dari kebenaran itu ada sebagian dari mereka yang langsung meng-imani kebenarannya dan tak jarang pula sebagian dari mereka yang berpaling dan membelakanginya. Dan Allah telah memberi sinyal yang akurat tentang penjagaan keutuhan Al-qur’an, Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya Al-qur'an adalah kitab yang mulia. Tidak akan dihinggapi oleh kebatilan (kepalsuan), baik dari hadapan atau pun dari belakangnya. Itulah wahyu yang turun dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Terpuji.” (Q.S. Fushshilat:41-42)

Mengkaji kembali sejarah Al-qur’an di rasa perlu, mengingat urgennya kita mengetahui lika-liku penyusunan dan pengumpulannya, agar kita tidak terjebak oleh prasangka negatif yang menjerumuskan pada lembah kesesatan.

Sejarah Pengumpulan dan Pembukuan Al-Qur'an
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.

Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Penulis Wahyu
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu :
  • Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz (penghafal Al-Quran) dan qurra’ (pembaca Al-Quran)
  • Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu)
  • Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi berangsur-angsur
  • Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa
Zaman Khalifah
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala, kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang, namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad (Quranul Majid), Mashaf Madinah dan lain-lain. Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat (Imam-imam Syatibi) yang khusus, tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama. Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu, cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan. Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!